![]() |
Awasi pemakanan yang berkolesterol tinggi |
Penyumbatan Pembuluh Darah akan mengakibatkan kekurangan pengaliran darah pada otot jantung. Akibatnya, akan timbul rasa menusuk dibahagian dada dan dalam sebahagian kes, boleh menyebabkan kematian secara mengejut.
Apakah faktor yang menyebabkan pembuluh darah tersumbat?
1. Plak dalam salur darah
Lemak yang mendap dan melekat di dinding dalam salur darah inilah yang
dipanggil plak. Ia adalah penyebab utama kepada penyumbatan salur darah. Pembuluh darah merupakan bahagian dari sistem sirkulasi yang menyalurkan
nutrien, oksigen dan tenaga yang diperlukan oleh sel dalam badan manusia.
2. Kepekatan darah
Kandungan kolesterol dan gula menyebabkan peningkatan kepekatan darah yang tinggi juga menyumbang kepada pembentukan plak.
3. Stress
Stress menyebabkan peningkatan hormon “kortisol” yang melebihi paras normal, maka ia boleh meningkatkan kadar LDL dalam darah.
4. Tekanan Darah Tinggi (hipertensi)
Semakin tinggi tekanan darah seseorang, akan menyebabkan peningkatan
geseran antara darah dengan dinding pembuluh darah. Akibatnya berlaku keradangan (inflamasi) dinding pembuluh darah yang boleh merosakkan salur darah.
5. Merokok
Merokok menyebabkan kehadiran nikotin dalam pembuluh darah yang menjadikan salur darah menebal dan mengeras. Ini mengakibatkan sifat elastik pembuluh darah menjadi hilang. Ini antara penyebab kepada penyumbatan dalam salur darah.
Semua faktor yang menyebabkan salur darah koronari menjadi sempit berkait rapat dengan gaya hidup kita. Benar, sebilangan faktor itu boleh dikaitkan
dengan faktor genetik seperti kencing manis dan darah tinggi, tetapi masih boleh dicegah dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
TANDA2 SALUR DARAH TERSUMBAT :-
[✔] Sesak nafas
[✔] Berpeluh sejuk
[✔] Berdebar-debar
[✔] Rasa lemah badan
[✔] Pening kepala
[✔] Rasa dahaga
[✔] Kurang penglihatan
[✔] Telinga berdengung
[✔] Kebas di tangan & kaki
[✔] Kerap kencing malam
[✔] Rasa tidak selesa dibahu
Gaya hidup sihat membabitkan pemakanan seimbang, aktif bersenam dan menjauhi tabiat tidak baik seperti merokok. Faktor risiko penyakit jantung
seperti darah tinggi, kencing manis dan paras kolesterol tinggi tidak mendatangkan tanda atau simptom kepada penghidapnya.
INILAH 5 CARA UNTUK MENGURANGKAN RISIKO SALUR DARAH TERSUMBAT
1. Kurangkan makan makanan berlemak secara berlebihan
2. Kurangkan pengambilan gula di dalam makanan dan minuman seharian
3. Tingkatkan pengambilan air kosong sekurang-kurangnya 2.5 liter sehari
4. Berhenti merokok
5. Bersenam. Amalkan gaya hidup sihat dengan meningkatkan aktiviti seharian.
Jika anda mengalami masalah seperti di atas, herba INI berkesan untuk membantu membersihkan salur darah yang tersumbat.
![]() |
Herba Tasly |
No comments:
Post a Comment